Thursday, July 31, 2008

Israk wal Mikraj

Semalam 27 Rejab, orang Islam meraikan peristiwa besar dalam sirah Rasullulah s.a.w & Islam iaitu Israk Mikraj. Terdpt byk kekhilafan ulama berhubung tarikh sebenar peristiwa ni. Ada yg berpendapat berlaku di bulan Rejab, ada yg kata bulan Syaaban dsbnya. Bagi umat Islam di Msia, kita berpegang pd pendpat Imam Al-Nawawi & beberapa ulama lain yg menyatakan peristiwa ni berlaku pd 27 Rejab tahun ke-5 sblm Hijrah. Namun, tarikh sebenar peristiwa ni hanya Allah yg tahu.

Peristiwa besar ini bukan sahaja diriwayat oleh hadis tetapi lebih shahih kerana telah diceritakan dlm Quran melalui surah Al-Israk & juga terdpt dlm surah Al-Najmi. Peristiwa ini lebih kepada Allah menguji keimanan manusia khususnya para sahabat yg ketika itu baru saja beriman dgn Rasullulah s.a.w.

Peristiwa ini berlaku hanya dalam satu mlm. Ada pendapat menyatakan ia berlaku dlm tempoh kurang 1 jam. Perjalanan Israk Baginda s.a.w bermula dr Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Di sepanjang perjalanan tu, baginda s.a.w dikatakan singgah Madyan (tmpt asal Nabi Ibrahim a.s), Turr sina (tmpt Nabi Musa a.s menerima wahyu) & Baitul Lahem (tmpt lahir Nabi Isa a.s) utk solat sunat.

Perjalanan Baginda s.a.w dikatakan dengan kenderaan yg dinamakan 'Buruq', diriwayatkan seekor binatang yg lebih kecil dr kuda & lebih besar dr baqhal. Pergerakan binatang ini dikatakan selaju cahaya. Baginda juga ditemani oleh malaikat Jibrail & Mikail.

Daripada Masjidil Aqsa, baginda s.a.w dihidangkan dua minuman iaitu arak & susu (waktu tu arak blum diharamkan lagi & baginda telah memilih susu. Sesungguhnya susu ini adalah fitrah manusia. Baginda s.a.w telah diangkat naik ke langit sehingga ke Sidratul Muttahha untuk melihat Arash Allah. Sepanjang perjlnan ni, baginda s.a.w diperlihatkan ngan realiti pelbagai peristiwa yg akan berlaku pd manusia khususnya umat baginda.

Dlm peristiwa ini juga baginda s.a.w menerima perintah mengerjakan solat. Asalnya 50 waktu tetapi baginda naik bertemu Allah sebyk 9 kali atas nasihat Nabi Musa a.s memohon pengurangan sehingga 5 waktu. Banyak lagi peristiwa & kejadian yg berlaku semasa Israk Mikraj dan memngambil masa yg lama kalau hendak diceritakan.

Cuma yg paling penting di sini ialah Islam itu unik & mencangkumi hal dunia hingga akhirat. Dalam Islam juga ada perkara yg tak terjangkau oleh akal fikiran. So, terimalah Islam keseluruhannnya. Jgn hanya terima perkara2 yg kita rasa sesuai ngan akal & nafsu kita ja. Kelak kita akan dihumban ke neraka Allah.

12 comments:

Sofira said...

re: salam.

'Lelaki Ini' seperti pernah kulihat wajahnya tapi di mana ya?

p/s*** KM, hangpa mesti kenai dia na. :-)

Anonymous said...

suami anda ke?

Sofira said...

yup, u'rite. my DH. :D

Anonymous said...

hehehe...

Sofira said...

km, anda mmg dari kejiranan saya di TATI. kuang,kuang,kuang.

Anonymous said...

Lari..lari..identiti KM sudah hendak terbongkar.

Neeza Shahril said...

eh.. tadi ada gambar posted ke? hehe.. tgk comment kat atas tu cam lain macam je..

orang sekarang ramai yang gunakan Islam utk hal tertentu aje.. seperti nak kawin dan yang sewaktu dengannya.. bila cakap hal hukum hakam, diorang kata tak relevan.. nak kawin 4 relevan lah pulak.. orang macam ni pun ada gak kan..

Anonymous said...

Sebenarnya xde gambo pun. Saya tegur Cik aidura sbb gambo husband dia kt blog dia tu. Kebetulan husband dia pun jamaah surau kt tmpt saya tu. Makna kata dia ni berapa dlm kejiranan saya.

Realiti org islam sekrg ambik islam mana yg bersesuaian ngan nafsu mereka ja. Yg rasa xsesuai, mereka tolak. Ni lah dikatakan sekular. Agama setakat sembahyang , posa, zakat, haji. Lain pakai sistem lain.

Sofira said...

neeza, jgn salah sangka.

saudara KM ni cam kat gambar DH saya yg saya tepek kat n3 blog saya tu.

bila dia dok tegur & tanya siapakah lelaki tu, so immediately sayapun suspek mesti KM ni dok kat area kejiranan saya [TATI].

subhanallah, what a small world! :D

Neeza Shahril said...

KM dan Aidura,

ooo gitu ke.. nanti nak gi tengok heheh.. TATI tu kat kemaman kan.. kampung saya pun disitu jugeee ;)

Anonymous said...

neeza,
-TATI ni Tmn Air Tawar Indah kt Bworth, Penang bukan TATI kt Trengganu tu hehehe...

aidura,
-semlm DH anda pakai baju melayu kaler biru ekkk hehehehe...

Neeza Shahril said...

hehehe.. TATI kat Penang ke? tu la rasa cam pelik sikit.. sebab hari tu KM mandi manda kat sungai di KEdah.. takkan la dari Trgnu kot ye hehee..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin