Ditambah ngan keadaan ekonomi yg tampak makin menuju ke arah kesulitan. Terkini, Bursa Malaysia terpaksa menangguhkan urusniaganya kelmarin kononnya atas masalah teknikal. Beban kenaikan harga minyak & harga barang lain cukup menyiksakan rakyat khususnya yg berpendapatan rendah. Dari pemerhatian serta pembacaan aku, aktiviti mencari sampah or barg2 terbuang kini aktif sbb ada rakyat yg sudah tersepit. Nak makan pun dah susah sekarang. Anda bagaimana? Masih enak dibuai mimpi indah?
Masalah sosial juga kian ketara ngan aktiviti2 jenayah kebelakangan ni makin rancak menghias dada2 akhbar. Kelmarin saja, RM200,000 barang kemas dilarikan perompak dr sebuah kedai emas. Itu belum masuk kes rompak bank, mesin ATM, bunuh diri sebb terbeban hutang, buang bayi dsb. Aktiviti pembuangan kerja oleh majikan juga makin aktif ekoran permasalahan ekonomi yg nampak suram serta peningkatan kos perniagaan yg makin ketara.
Semuanya, saling kait-mengait. Apa puncanya? Anda buka mata hati anda & fikirkan. Allah telah memberi amaran akan menurunkan bala & azabnya jika manusia makin jauh dari jalanNya. Jalan Allah ialah jalan yg ditunjuk/dibawa oleh Rasullullah. So, di mana kita? Arini ramai antara kita yang lalai. Kita lalai ngan kerja, ngan harta benda kita, ngan hiburan, ngan keseronokan, ngan bola (termasukla aku), ngan segala2 yg lebih kita pentingkan. Kita dah lupa t/jawab kita sebagai makhluk yg mengharapkan di akhirat, Allah menerima kehambaan kita kepadaNya.
Kita masih ada masa utk berubah. Masa sebelum Allah mencabut nyawa kita atau Allah menurunkan bala yg lebih besar seperti gempa bumi, banjir, tsunami or apa saja yg dikenakan pd umat masakini or yg terdahulu.
No comments:
Post a Comment