Monday, July 7, 2008

Akal & hati yg perlu sentiasa 'diminyak"

Beberapa ari yg lepas, guru ku memetik sebuah Hadis yg bermaksud:

Ada seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w, "Adakah di kalangan org beriman yg penakut?". Baginda menjawab " Ada".

Beliau bertanya lagi " Ada di kalangan orang beriman yg kedekut?". Baginda menjawab "Ada".

Kemudian beliau bertanya lagi " Adakah di kalangan orang beriman yg pembohong?". Baginda lantas menjawab " Tiada. Sebab bohong bukanlah sifat org beriman tetapi sikap orang2 munafik".

Huraiannya:
* Di kalangan org beriman terdpt juga yg penakut khususnya dalam mencegah kemungkaran. Semuanya bergantung pd tingkatan iman seseorang. Selemah2 iman itu memandang benci pd kemungkaran dgn hatinya.

* Di kalangan org beriman ada juga yg kedekut kerana dalam membuat kebajikan atau pertolongan kerana byk bergantung pd tingkatan iman dan kemampuan seseorg.

* Namun sifat pembohong nyata bukan sifat org beriman. Jika anda masih mempunyai sifat sedemikian, cepat2la kita berubah & mengikis dr hati2 kita. Lebih malang lagi jika pemimpin2 yg ada hari ni mempunyai sifat pembohong ni. Maka fikirkanlah sendiri dengan ilmu & ketajaman akal anda. Bimbang2 kita terikut dengan pemimpin begini walaupun kita sendiri tidak pandai menipu.....
Akal & hati seumpama enjin jentera. Perlu sentiasa 'diminyak' dengan ilmu. Sesungguh ilmu itu antara kemuliaan yg abadi bagi manusia. Jika dberi kekayaan ilmu ngan kekayaan harta, pilihla kekayaan ilmu. Ilmu jika dibahagi2 akan bertambah meluas. Tetapi harta jika dikongsi2 akan berkurangan...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin