Thursday, July 10, 2008

Budak Kacak mahu adik?



Bila selalu aku postkan entry yg serius, kdg2 aku rasa ada entiti yg stress. So, kita sembang plak tentang hal2 yg lebih santai seperti drama series, Crime Scene Investigation (CSI). Series yg paling sempoi pd aku, CSI-Miami. Sekarang di US dah masuk musim ke-6 & permusuhan Horatio Caine ngan gangster Florida nampak makin tegang. Penerbit mungkin dah siap memilih sama ada Horatio yg terbunuh seperti Warrick Brown dalam CSI Vegas or gangsters yang kecundang.


gambo2 kecerian Budak Kacak untuk Dumex

Selain tu, aktiviti pas kol 10 mlm aku sekarang ialah camna nak menang MILO & Dumex. Aktiviti camni sebenarnya lebih kepada menajamkan minda. Selain bergantung pd rezeki, aktiviti camni bergantung juga juga bagaimana kita merancang & membuat percaturan. Setakat ni, kerjasama pekedai2 juga menggalakkan hehehe...Jasa anda tidak dilupakan.

Tengok pe tu?

Sebelum terlupa, 3 minggu yg lalu aku menerima kehadiran orang baru dalam keluarga aku. Bukan dapat bini baru or anak baru tp seorang anak saudara baru, Nur Alia Nafisah, anak saudara ke-21 rasanya. Kehadiran anda dialu-alukan & aku doakan jd anak yg soleh buat 2 ibu bapamu, insyaallah. Bila org lain dpt adik, Budak Kacak pun nak adik juga. Katanya nak baby boy sebab nanti leh men bola ngan dia. Poning..poning den. Insyaalah tahun depan, abah ngan ummi akan usahakan sebab tahun ni ummi takleh pregnant sebab perjanjian sekarang tak mengizinkan dia berbuat demikian. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu.

Ngantuk? tidola hehehe.

7 comments:

:: Wiween :: said...

errk..baby yg comel! sy sgt suke baby! meh kasik kat sy jelah.huhuhu

Anonymous said...

Sabo2 la, tunggu sampai ada baby sendiri, barulah best hehehe....

Akak said...

Salam KM...

Terima kasih sudi singgah keblog Akak, comelnya Nur Alia Nafisah, gerammm, kalau dekat mau kena cium & cubit pp dia nie, comel sgt2!!

pwincess AJA said...

comelnyeee baby!
nak adik lg.
tp parents kate cukup sudah.
so kena tunggu diri sendiri yg kawen N dpt baby.
suka nye ade baby.=))

Neeza Shahril said...

budak kacak tu sebenarnya lelaki ke pompuan.. nampak muka cam pompuan.. tapi mungkin lelaki comel kan.. sebab budak lagi..

Anonymous said...

hehehe...Budak Kacak tu girl yg perasan dirinya budak lelaki. Namanya Nur Batrisya.

Anonymous said...

Salam KM.

baby comel! suka tengok baby comel² nih. kena tunggu tahun depan utk tengok gambar adik kepada budak kacak la yek?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin