Thursday, July 24, 2008

Sayangilah diri anda & anak anda!

Gambar ini aku petik dr TheStar Online arini. Betapa berat mata memandang, berat lagi hati yg memikul. Seorang ibu yg tidak dpt lagi menahan kesedihannya kerana anak-anak tersayang dibunuh oleh ayah sendiri, yg kemudiannya dipercayai menggantung diri. Aku tak mengulas lanjut akan tragedi yang berlaku di Nibong Tebal ini tetapi nak berkongsi beberapa perkara:

* Seberat mana pun masalah kita hadapi dalam hidup, bermohonlah padaNya agar diberi jalan penyelesaian. Jgn waktu susah je ingat Dia tapi sepanjang masa sbb ramai yg berdoa pada Allah ni waktu susah ja. Time senang, dia lupa.

* Membunuh diri tu haram walaupun ngan apa cara sekalipun & ngan apa sebab pun kita tiada alasan utk membunuh diri. Allah berfirman:
"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebelum kamu, pernah ada seorang laki-laki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan di potongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh karena itu Kuharamkan sorga atasnya." (Riwayat Bukhari, dan Muslim)

* Pesanan lain, kasihilah anak anda kerana mereka adalah kurnia 'spesel' dari Allah kepada setiap pasangan suami isteri. Bandingkan anda ngan suami isteri yg belum dikurniakan anak, anda tentu lebih bertuah kerana dapat memakai gelaran ibu & ayah yg ori.

ptg kelmarin, kami ke pasar malam. Seorang peniaga menegur Budak Kacak "segak handsome boy ni". Aku ngan mem tersenyum ja. Dalam hati cakap ini budak pompuanla bukan laki. Mungkin sebab Budak Kacak skrg dah potong rambut & dia selalu berjalan membawa brg permainanan budak lelaki sebab tu orang ingat dia lelaki. hehehehe...

11 comments:

iLa @ LaLa said...

dah baca berita ni td dlm paper.. Ya Allah!! Semoga wanita ini tabah... Moga Tuhan berikan aku petunjuk! Amin...

razifembi said...

aku xsempat lg bc news ... au minta tuhan tak duga dgn beban yg berat2...takot..

Neeza Shahril said...

saya baca paper ni semalam - online. terkejut jugak ada orang Islam buat macam tu. at the same time wonder jugak, kenapalah sampai macam tu sekali kan. mak dia kemana masa tu? tau tak cerita panjangnya?

KM said...

Menurut press, si ayah ni dah bercerai ngan si ibu, pastu stress. Taktaula stress sama ada pasai perkahwinan yg gagal or masalah kesempitan hidup.
Sebelum ni, perkara begini berlaku di kalangan org bukan Islam ja tp sekrg dah merebak dlm masyarakat Islam. Masyarakat rasanya perlu bangkit & prihatin. Jgn sebab xjadi di kalangan keluarga kita, dia tengok & melupakan begitu saja.

cikmay said...

thanks sudi lawat diary kte n 4 d advises..nt jenguk2 le slalu. eratkan silaturahim...

Mira said...

budak kacak tu anak KM ke?

anaiz said...

KM,
tisya mmg nampak macam lelaki sket. kena taruh rambut panjang la mcm tuh...

ecahkoop said...

mcm2 bole jadi bile stress..
isk3

cHeRyNa PiReS said...

ramai org ade desakan idup...and ade macam2 care nak melepaskan stress. takpelah...smoge ibunye tabah la yeee...

kuInaJentayutiara said...

kesian ibu tu... trharu sesangat... trjadi di dlm masyarat islam.. nipisnya iman kita

Neeza Shahril said...

ooo gitu ke ceritanya. thanks ya. tapi memang terkejutbila benda cam ni berlaku pada orang Islam.. NAuzubillah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin