Sebut berkongsi ni sensitif sikit, terutama wanita. Tp aku nak sebut ni bukan berkongsi suami tp berkongsi ilmu pengetahuan. Sikit je aku nak berkongsi ngan anda semua. Ia berkenaan Takbiratul Ihram dalam sembahyang.
Perkara ni adalah salah 1 rukun solat. Kalau tak buat or terlupa, solat kita tak sah. Aku pasti, Takbiratul Ihram ni jarangla org terlupa kecuali dia mamai waktu tu hehehe...
Yang aku nak kongsi ialah syarat mengesahkan rukun solat ni ialah menyebut "Allahuakbar" sewaktu mengangkat takbiratul ihram tu. Syaratnya sebutan tu mesti jelas & sekurang2nya didengari oleh telinga kita sendiri & tak semestinya disebut dengan kuat.
Masalahnya, ada antara kita bila mengangkat takbiratul ihram langsung tidak kedengaran perkataan "Allahuakbar" (sebut dalam hati je) atau sekadar menyebut "Allah" saja. Kita bimbang ini tidak mengesahkan rukun Takbiratul Ihram itu sendiri & jika rukun tak sah, bimbang2 solat juga tidak sah.
* Solat adalah perintah yg Baginda s.a.w sendiri terima dr Allah tanpa perantaraan malaikat seperti perintah puasa, zakat, haji dsb. Nabi terima waktu Israk Mikraj. Perintah asal sembahyang ilah 50 waktu sehari tp Nabi naik bertemu Allah sebyk 9 kali utk memohon minta kurang hingga 5 waktu. Tampak betapa sayangnya baginda pada umatnya.
Aku berkongsi dr ilmu yg aku pelajari, bukan sesuka main cakap je ye. Bimbang2 ilmu yg sedikit ini pun akan disoal Allah sebab bakhil & tidak dikongsi ngan orang lain.
2 comments:
walaupun nampak simple sebab selalu orang buat.. tapi, frankly speaking saya pun tak tahu kena kuatkan sampai terdengar di telinga.. thanks ye KM sebab berkongsi ilmu penting ni..
* benda2 macam ni lah yang akan menentukan solat kita diterima atau tak kan.. besar bezanya tu.. sama ada 0 @ 1? menang atau kalah? syurga atau neraka.. yang last tu paling takut sekali kan..
oh, ya.. thanks ya krn mengingatkan..
Post a Comment