Dalam pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Datuk Razali yg bertanding atas tiket BN telah mencatat kemenangan dalam pertandingan 3 penjuru. Beliau mengalahkan Naib Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu & Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Hj. Mohamad Sabu
Pertandingan kerusi Kuala Terengganu pada PRU-12 lepas menjadi antara tumpuan ramai dengan kehadiran calon Bebas, Makcik Maimun Yusuf. Beliau yg berusia lebih 80 tahun mencuri tumpuan ramai dengan bertanding melawan 2 calon heavyweight bagi UMNO & PAS. Kehadiran beliau bukan sahaja mendapat tumpuan dr media dlm negara tetapi juga pihak media dr luar negara. Ramai yg beranggapan beliau sengaja menjadi bahan jenaka tp beliau berjaya juga mencuri undi sebanyak 685 undi iaitu melebihi jumlah majoriti yg diperolehi oleh Datuk Razali.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini dijangka akan sekali lagi menjadi tumpuan hangat selepas Permatang Pauh. BN tentu akan berkerja keras untuk mempertahankan kerusi ini. Manakala, Pakatan Rakyat juga tentu akan berusaha untuk merampas kerusi ini untuk meningkatkan bilangan mereka di Parlimen. Yg paling menarik, orang akan menunggu adakah calon seperti makcik Maimun akan kembali untuk memecahkan undi. Kita tunggu.....................
* KM difahamkan kebanyakan jentera pilihanraya parti telah bermesyuarat & akan digerakkan bila-bila masa sahaja....





















Kelmarin, Menteri Kewangan 1 mengumumkan bahawa pekerja yg mencarum KWSP boleh mengurangkan peratus caruman bulanan mereka daripada 11% kepada 8 % mulai Januari 2009. Salah satu tujuannya untuk menggalakkan perbelanjaan rakyat di kala ekonomi negara mungkin mengalami tempias kemelesetan ekonomi dunia.






Keputusan yang dibuat tentunya mengembirakan Abdul Razak Baginda & keluarganya. Manakala bagi keluarga Shariibbu yang anak mereka menjadi mangsa pembunuhan kejam itu, sedih, kesal, kecewa tentu membungkam dalam hati. Saya kira sesiapa pun yg berada dalam situasi keluarga Shariibbu atau mungkin juga Norrita Samsudin (anda tentu ingat lagikan) akan merasa kecewa.