Tuesday, November 4, 2008

Keluhan Sebahagian Kaum Ibu........



"Pompuan suka nak romantik2. Tapi laki aku tu cam kayu. Tak reti nak romantik langsung. Romen pandaila" - Kak Sapeah, KL.

"Jangankan bunga, daun pun dia tak penah kasi. Kasi anak adela...tiap-tiap tahun sorang. Ingat akak ni operator pengeluaran ke? " - Puan Ammie, Langkawi.

"Dulu sebelum kawen, bukan main romantik. Candle light dinnerla, bungala, coklat selalu dia kasi. Belum sebut dah kasi. Sekarang jangan harap. Abis bagus pun dia bawak aku gi makan roti canai kat gerai Pak Leman. Sekarang dapat gaji, gi modified keta. Bengang aku ni.." - Rozie, Penang.

Berikut antara keluhan si isteri or kaum ibu yg dapat KM paparkan. Masalah kurang atau tiadanya perasaan romanti si suami kepada isteri merupakan antara masalah yg kerap berlaku tanpa mengira bangsa atau keturunan. Mungkin masalah ni lebih ketara di kalangan pasangan Melayu.

Menjadi sifat fitrah wanita mahu dihargai, disayangi, dimanjai & diberi layanan yg romantis khususnya dr seorg suami (bukan suami orang ye). Namun perasaan ni kadang2 diabai atau diambil ringan oleh sebahagian besar si suami.

KM tak kata semua suami tak romantis. Ada juga sebahagian lagi suami yang romantis, puitis, macam2 tis lagi la hehehe....yang membuat isteri selalu gembira & tersenyum. Kepada suami2 yang belum ramantik atau telah melupakan perasaan romantik ketika bercinta dulu, mari hangatkan ke'romantis'an anda terhadap isteri anda (bukan isteri orang ye).

* Semoga perasan itu dapat membahagiakan lagi isteri anda serta menyegarkan hubungan suami-isteri. AMIN. Ramai yg malu nak romantik bila dah kawen tp sebelum tak kawen terlebih plak romantik keh..keh..
* Nama2 di atas tidak berkenaan yang hidup mahupun yg mati. Sekadar hiasan saja.

13 comments:

dakgilachoc a.k.a nani said...

wah 'romantik'nyer KM smpi tolong buat luahan utk isteri2..:)

ita.itu said...

kah.kah.kah..gelak beso aku part kak sapeah komen tuh..haha..eleh km..ko tulis je lebih....ko pun sama nak romen jek..kah.kah.kah

Anonymous said...

K Sapeah???? Ta...cam aku pernah dengo jer kata2 tu

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
kelakorlah comments kat sapeah tu

azreenfaisal said...

cehwah...tak sangka KM begitu memahami hati pompuan...hahahaha

Kak Piah said...

sekarang nih ramai suami@lelaki yg tawu menggele'tis' jerk.. :D

Mieza said...

kelazzzz ko kak sapeah...cam nama bear otomen jer...hiks

hubby along romantik pyh nak tjk...cuma romantik dlm diam je lah...:p

mebby said...

huhuhuhu..tabik spring KM romantic seh..memahami kehendak wanita...bravo...

Neeza Shahril said...

haah laa.. romantic before kawin je.. lepas kawin habukpun tarak... tapi kan.. sesetengah orang tu romantic terlebih sampaikan pompuan lain yang tengok pun jatuh hati.. bahaya... bahaya... tak yah la romantic sangat.. biar pompuan lain pun tak hingin hahahaa!!!

KM said...

nani- KM buat pesanan khidmat masyarakat.

ita-ko kenal ekk kak sapeah tu? ko ckp tapisla sikit. kang ada bebudak baca kan xsesuai...

anonymous- KM pun cam penah dengar hehehe....

crazy_beautiful- salam, thanks atas kunjungan. Kenal ke kak Sapeah tu? hehehe.....saya kenal.

azreen- mem KM kan pompuan...so kena la memahami serba sedikit...

kak_piah- orang laki ni spesisi buluh bentung kot sbb tu miang hehehe...

mieza- long pun kenal k. sapeah ekk? Ita kenal hehehe.....hubby along pemalu tu hehehe....

mebby- tabik je? Pa kata ko bagi KM pencen tiap2 bulan hehehe...

neeza_shahril- luahan hati seorg isteri gak ni hehehe....

ita.itu said...

xde makne nye budak nak baca blog nih...

.::WaNiE::. said...

huhu dpt suami menggeleTIS lagi bahaya

Kebencian_Maharaja said...

ita- budak Nani tu bkn budak ke? dia kan suka baca blog ni hehehe...

wanie- ya betul!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin