Friday, October 31, 2008

Limited Edition...James Bond Car

Korang rasa kalau sesapa nak sedekahkan kereta ni, korang nak tak? Kalau nak kenapa? Kalau taknak kenapa?

Lelong..lelong..Handpon murah....Cepat2...Sapa lambat Tak Dapat..

Kalau korang tengah cari HP yang murah, jimat tenaga & mesra alam, KM ada satu set nak jual. Gambar dia korang tgkla kat bawah tu hehehehe.....

Sebenar HP kayu tu Budak Kacak yang punya. Cousin dia yang buatkan semasa balik kampung minggu lepas. Maka utk tempoh beberapa hari sibukla dia mengusung ke sana ke mari hp baru tu hatta ke sekolah, ke kedai dan seumpamanya. Orang yg tengok senyum sinis je. Mungkin dalam hati diorang kata bapak ko sure takda duit nak beli hp kan...kan... hehehe...
* Hp ni sebenarnya mempunyai gelombang or radiasi. So better korang letak jauh2 semasa korang tido sebab dia mengganggu sel-sel otak. Bayngkan kalau 8 jam tido, sepanjang tulah otak diganggu oleh gelombang hp. Bila bangun kepala jadi termasuk saraf di sekitar leher.

Thursday, October 30, 2008

Kereta James Bond


Menjelang tayangan filem James Bond terbaru: Quantum of Solace bulan depan, Shell Malaysia membawakan koleksi kereta yang penah digunakan oleh perisik terkenal MI6 British ini. Setakat ni ada 4 koleksi yg boleh dimiliki & 1 lagi koleksi hanya akan dikuarkan pada hari tayangan filem itu di seluruh dunia yg dijangka 6 November ini.


Harga seunit RM5.50 ngan isian minyak sebanyak RM40 (kena isi minyakla plak). Kalau nak canggih gi beli full set ngan beg James Bond sekali RM60. Memandangkan koleksi-koleksi camni menjadi minat KM & mem, maka kami membelinya keempat sekali gus hehehe....Nasib baik KM & tokeh petrol pam tu kawan baik, so takyah sesusah isi minyak sampai RM40 tiap kali nak beli.


* Kepada kerajaan Malaysia, bila lagi nak turunkan harga minyak ni? Minyak dunia dah lama berapa di paras US$60++ setong. Betulla cakap bos KM, sekarang rakyat plak bayar subsidi pada kerajaan untuk beli minyak. Terbalik court sekarang. Sapa peduli?

Yoga or Yogurt?

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-83 yang berlangsung di Kota Bharu minggu lepas di Kelantan telah memutuskan bahawa perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau lebih dikenali sebagai 'pengkid' adalah haram. So sesapa yg terlibat ngan aktiviti2 begini baiklah hentikan sebab Allah melaknat golongoan ni. Begitu juga lelaki yang cenderung nak menjadi wanita.

Terkini, Majlis Fatwa dijangka akan mengumumkan fatwa berhubung senaman yoga yang ramai jugak umat Islam terlibat melakukannya. Menurut wakil Majlis Fatwa, keputusan dah ada cuma menanti masa untuk diumumkan. Bagi KM, betterla dicepatkan, jgn ditangguh2 atas sebab politik, bimbang kalau2 memudaratkan umat Islam.

Perkara ini ditimbulkan selepas pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah. Mungkin ada bacaan2 or perbuatan dalam senaman yoga itu yg mengikut upacara agama lain kot...wallahualam sebab KM tak penah ada info berhubung senaman ni....KM hanya try senaman cakar ayam je hehehehe......

Wednesday, October 29, 2008

Panjang Umor.......

Memohon maaflah akan KM kerana tidak dapat bersiaran beberapa hari ini. Bukanlah kerana terlalu gembira ngan Deepavali, atau ke Tanah Suci mengerjakan umrah atau telah meningggal akan dunia ini. Sebenarnya KM tidak bersiaran kerana diuji Allah dengan ketidaksihatan tubuh badan.

Sesungguhnya yang bernama makhluk Allah yang bersifat baharu ini selalunya beginilah sunnahnya. Diuji ngan nikmat kesihatan, diuji ngan kesakitan, diuji ngan kematian, diuji ngan kesenangan & seribu satu macam ujian yg lain untuk melihat tahap keimanan & kesabaran kita.

Insyaallah bila2 masa saja dr sekarang & sebaik KM boleh melompat lebih tinggi (kata Sheila on-7), KM akan mengupdate N3 terkini untuk tatapan anda semua yg setia ngan Calculatorbuta. Komen2 anda juga akan KM jawab.....

* KM berdoa kita semua panjang umo & banyak amal kebaikan........

Saturday, October 25, 2008

Wakil Rakyat or Wakil Tauke?

Berkatalah seorang menteri Malaysia yg menjaga hal ehwal pengguna bahawa harga minyak tidak boleh diturunkan dalam kadar yg besar walaupun harga minyak dunia semakin menurun kerana bimbang ia merugikan peniaga minyak. Dlm keadaan ini, kerajaan begitu prihatin plak ngan nasib pengusaha/tauke minyak tapi bagaimana plak sewaktu menaikkan harga minyak lebih 40% tempoh hari?

Pernahkah waktu itu kerajaan fikir nasib rakyat akan teruk terjejas disebabkan bukan sahaja harga minyak naik malah byk sekali barangan lain yg naik hingga inflasi melonjak pecah rekod. Waktu tu kerajaan hanya mengeluh bahawa sudah tidah tahan menanggung subsidi minyak. Tiba-tiba apabila harga minyak jatuh, kerajaan pandai plak bercakap soal prihatin.

Secara peribadi KM nak bertanya adakah kerajaan lebih mementingkan nasib peniaga/tauke atau nasib majoriti rakyat? Adakah kerajaan menang dengan sokongan majoriti rakyat atau undi para tauke? Adakah kerajaan tidak rela peniaga rugi sedikit tp lebih suka tengok rakyat kebuluran? Wahai pak menteri, u all ni wakil rakyat ke wakil tauke?

* Sehingga N3 ini ditulis, harga minyak dunia berada di paras US$64 setong berbanding harga tertinggi US$147 setong iaitu penurunan melebihi 100%. Jika dibuat perkiraan mudah, harga petrol sekarang sepatutnya lebih kurang RM1.45 saja (belum tolak subsidi 30sen) berbanding RM2.90 ketika harga tertinggi hari tu kerana mengambilkira penurunan lebih 100% itu.

Friday, October 24, 2008

50,000 jobless??

Kelmarin CEUPECS mengeluarkan kenyataan bahawa berkemungkinan 50,000 kakitangan kerajaan berstatus kontrak akan kehilang pekerjaan mereka berdasarkan faktor kekangan yg akan melanda. Itu pun PM & Timbalannya masih suka menyatakan bahawa negara ini tidak akan dilanda masalah ekonomi. Dia orang pakai kitab rujukan mana ekk?

Sesetengah kakitangan kontrak ini telah berkhidmat bertahun2 lamanya. Cuma malangnya mereka tidak diserapkan secara tetap dalam perkhidmatan. Jika yg dinyatakan ini berlaku tentu amat malang & kasihannya mereka ini. Selain kakitangan awam kontrak, pekerja2 Malaysia yg bekerja di Republik Singapura juga berdepan kemungkinan diberhentikan kerja jika dunia terjerumus dalam kemelesetan ekonomi.

* Masalah ekonomi pasti akan memberi tekanan pada kehidupan serta meningkatkan kadar jeneyah & krisis kemanusiaan...

Thursday, October 23, 2008

My Birthday.....


Sebenarnya arini bukan besday KM pun tapi sesaja KM sebut perkara ni. Ada yang sebut besday, hari jadi, hari lahir & seumpamanya. Setiap orang, ada tarikh kelahirannya. Ada yang suka memperingati tarikh tu, ada yang langsung tidak berminat. Masing-masing ngan pandangan sendiri.

Ada yg suka sambut hari lahir ni sebab leh dapat hadiah dari orang tersayang. Antara perbezaan nyata antara sambutan hari lahir ngan kenduri arwah ialah kek. Kenduri arwah mana orang buat kek kan. Tak tahula mungkin rakan blogger KM, Ita nak buat kelainan ke (jangan marah ye Ta hehehe...).

Tapi sedar atau tidak setiap kali menyambut besday, usia kita makin tua. Sepatutnya dalam keadaan demikian, kita bukan patut terlalu seronok tp kita perlu banyak bermuhasabah ngan diri kita. Apakah sepanjang umur yang diberikan itu, kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita atau kita masih leka?

* Sesamalah kita fikir ye, bimbang2 kita tak sempat menyambut besday lagi di tahun depan............Kepada yg menyambut hari lahir hari ni, KM ucapkan selamat hari lahir & renung2lah perbincangan kita arini.

Wednesday, October 22, 2008

KM ditag plak....

Tak pasal2 je arini aku kena tag oleh Nani. Sebenarnya aku malas nak jawap tag2 ni. Anyway, sebab mood aku consider baik arini, aku jawapla ye.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
- Senyum ja la sebab xbanyak pengalaman bab2 ni.

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
- Sejak tua2 ni, aku jarang tido bermimpi.

3. Whose butt would you like to kick?
- Siap ko Ta....hehehe...

4. What would you do with a billion dollars?
- Duit memang best tp kalau belum ada dlm tangan, malas nak cakap.

5. Will you fall in love with your bestfriend?
- Best fren aku semua jantan. Takkan nak jatuh cinta ngan depa plak. Kang tak pasai2 kena kilat hehehe...

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
- Apasal byk cakap love..love? Ko jawapla sendiri.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
- Bergantung pada keadaan.

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
- Mungkin bukan rezeki & jodoh kita tu....

9. What do you pray each day for your loved one?
- Bersama dunia & akhirat hehehe....

10. What takes you down the fastest?
- Kalau aku pilih lif, bleh dak? hehehe...

11. How would you see yourself in ten years time?
- Insyaallah lebih baik dari hari ni.

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
- Aku tak berapa jelas soalan ni.

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- Orang yang tag aku ni selalu kutuk aku mcm2. Tp aku tau, kutukan tu just for the jokes & tak memudaratkan, betui tak Nani?

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
- Single lelama rasa boring sebab tu aku kawen. Bila kawen insyallah, kalau dua2 tahu t/jawab sure Allah tak menyusahkan kita.

15. What’s the first thing you do when you wake up?
- Tengok jam

16. What’s the character must have in your partner?
- Boleh bersama tanpa pertikaian yg besar sudah dikira baik.

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
- Dah lama aku jatuh cinta 2 sekali, cinta kat Mem & Budak Kacak.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
- Kita manusia biasa, tak terlepas dari rasa marah pada seseorg yg buat buruk kt kita. Tapi pelan2 maafkan org tu sebab perjalanan dunia ni singkat je.

19. Do you prefer being single or having a relationship?
- Aku dah kawen daa....Tanyala xnak kawen sorang lagi ke...bleh gak aku jawap hehehe...

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
- Hehehe...nak kejar pa lagi. Jalan-jalan dahla.

* KM takmau tag sesapa nanti susahkan korang plak.

Habis Madu, Sepah Dibuang......


Selepas isu pembelian kapal selam Scorpene & pesawat pejuang Sukhoi SU39, terkini isu pembelian helikopter Couger EC-275 daripada Eurocopter yang mencurigakan. Beberapa keraguan timbul daripada urusniaga tersebut, antaranya:

1) Pembelian dibuat tanpa menemui wakil penjual.
2) Proses penilaian termasuk ujian penerbangan belum dilakukan (bayangkan anda ingin membeli kereta mewah, takkan anda tak buat test drive langsung?)
3) Proses mengeluarkan letter of intent (LOI) bertentangan dgn amalan biasa sebelum ini.
4) Keputusan dibuat tergesa-gesa 2 hari sebelum 'seseorang' berpindah dari Kementerian Kewangan ke kementerian lain.
5) Terdapat bidaan lain yg menawarkan yang harga lebih rendah untuk model yang setaraf atau lebih baik (antaranya Kazan MI-172, Sikorsky S-92, & Agusta EH-101).
6) Maklumat terkini menyatakan ada negara lain yang membeli model yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding RM2.32 billion oleh Malaysia.

Menggantikan Nuri yang tua & bermasalah memang wajar. Tapi pembelian baru biarlah reasonable & telus kerana menggunakan wang rakyat. Jangan disebabkan duit tu bukan duit bapak korang yang punya maka korang belanja sesuka hati. Lagi satu dibimbangi ialah peranan belakang tabir yang memanipulasi harga untuk keuntungan peribadi. Walaupun sekupang tapi tetap amanah & wang rakyat.

KM tertarik ngan teguran Al-Sultan Pahang semalam yang kurang berpuashati dengan peruntukan makan sekepala mangsa banjir oleh JKM sebanyak RM8 sehari. Sedangkan bajet makan mereka di pusat tahanan termasuk pendatang tanpa izin melebihi RM10 sehari. Apa dah jadi mcm ni?

Seperti kata perpatah, 'kera di hutan disusui ngan susu Dumex, anak di rumah disusui ngan susu Cap Junjung' bleh ke gitu? Hehehe...jom fikir sejenak...

Monday, October 20, 2008

KM 'Terbang' Ke Madagascar......



Hari isnin cam biasa, idea kabur & samar. So, kepala hotak KM berangan-angan terbang ke Madagascar. Madagascar merupakan pulau ke-4 terbesar di dunia. Terletak di Lautan Hindi & luasnya menyamai 2 kali keluasan Arizona. Ia merupakan sebuah Republic & ibu negaranya ialah Antananarivo. Ia dianggap antara pulau yang mempunyai bentuk muka bumi yang cantik.

Lagi satu Madagascar ialah filem animasi komedi terbitan DreamWork yang pertama kali diterbitkan pada 2005. Ia mengisahkan sekumpulan haiwan zoo yg terdampar di pulau Madagascar. Sequal filem ini dijangka akan menemui peminatnya pertengahan November ni.


Walaupun, filem ni bercorak animasi komedi tetapi ia tetap menarik & mempunyai moral untuk dikongsi bersama. So kalau anda yang berkesempatan ke Pulau Madagascar maka layan filem animasi ni pun jadila hehehe...........

Friday, October 17, 2008

Telur Kami Sudah Dibasuh.....

Tajuk di atas tidak mengandungi unsur2 SX. Ia pernyataan yg kadang2 diletakkan oleh sesetengah peniaga roti canai or murtabak. Persoalan basuh atau tidak telur, nampak cam kecil je tetapi sesungguhnya ia penting dlm kehidupan kita seharian. Telur adalah sumber protein paling murah & mudah didapati. Ramai orang suka makan telur. Telur dadar, telur mata kerbau, telur setengah masak, roti telur dsbnya memang diminati ramai.

Telur utk pengetahuan anda yg tidak biasa melihat ayam bertelur, keluar melalui saluran j#@*r ayam juga. So, secara langsung atau tidak akan terkena juga bersama najis ayam. Maka telur yg dibeli di kedai secara zahir & batinnya masih terlekat najis ayam. Maka, adalah menjadi kewajipan untuk menyucikannya, ia perlu dibasuh dengan air yg mengalir.


Perbuatan ni nampak simple tp implikasinya besar. Telur yg tidak disucikan dikhuatiri menyebabkan najis dibahagian luar dipindah semasa proses penyediaan makanan. Sesungguhnya makanan makanan yg bercampur najis adalah haram dan makanan haram yg kita makan, akan menjadi darah daging. Darah daging dr makanan yg haram bakal menjadi bakaran api neraka. Makanan yg haram juga menyebabkan hati kita 'mati' @ sukar menerima kebenaran, degil & malas dalam mengerjakan ibadah pada Allah.



Kalau kt umah kita prihatin bab ni maka semasa membeli makanan di luar juga perlu prihatin. Sesetengah peniaga malas & suka mengabaikan perkara ni. Ada yg sekadar pindahkan telur tu dari bekas yg lain je tanpa membasuhnya. Kalau kita sebagai pengguna dah buat sepatutnya tp peniaga masih tipu maka kebertanggungan itu jatuh di bahu peniaga.

* KM just berkongsi ngan sesapa yg masih pandang enteng hal ni.

Kg Baru Plentong Tengah, Johor Bharu.....

Berat mata memandang, tp berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yg dialami penduduk Kg Baru Plentong Tengah, Johor Bharu kelmarin selepas arahan merobohkan rumah mereka dikeluarkan. Mereka dibelasah FRU & 27 orang daripada mereka ditahan polis kerana merayu supaya perobohan premis/rumah mereka ditangguhkan.

Mereka ini merupakan penduduk yg mula menerokai tanah ini pada sekitar tahun 1984-1986 & mendapat sokongan wakil rakyat ketika itu. Namun begitu pd 1987, pihak PTG telah mengurniakan hak milikan tanah tu kepada pihak swasta. Sejak dari itu, pihak penduduk naik turun mahkamah serta berusahaga bagai nak menuntut hak yg dijanjikan.

Namun sehingga kini, nasib tidak menyebelahi mereka sebb kita tahu kerajaan yg ada lebih menyayangi Tokeh dari rakyat yang memangkah mereka setiap kali pilihanraya. Ketika kejadian ini berlaku semalam, Menteri Besar Johor & kroni2nya sedang sibuk melayan tetamu dalam majlis rumah terbuka beliau. Nyata sikap beliau sangat berbeza ngan sikap menteri2 & pemimpin dari MCA yg sanggup turun padang ketika operasi memusnahkan babi di Melaka hari tu.

Inikah yang dinamakan tradisi Membela Rakyat? atau membohongi rakyat? Rakyat sepatutnya kena faham, dlm sistem demokrasi mereka adalah penentu bukannya kena latu. Rakyat cerdik pasti pemimpin akan berhati2 dalam kelakuan & tindakan mereka.

* KM prihatin & sedih ngan tragedi seperti ni walaupun tak terjadi pada KM & keluarga KM sebab kita bukan masyarakat yang sellfish tp kita semua adalah saudara. Walau siapa pun kita, kita adalah milik Allah. Jangan angkuh ngan kekuasaan kerana kekuasaan itu juga dtg dari Dia.

Thursday, October 16, 2008

Sexy kah anda?

Ada pun seorang teman KM, yang juga seorang blogger bernama Lala telah mengurniakan secara peribadi anugerah berikut kepada KM. Walaupun dengan kemampuan yg tidak seberapa ini maka untuk tidak mengecilkan hati beliau, KM pun menerimalah anugerah tersebut. Korang rasa KM ni sexy ke? Malu rasanya KM untuk bercakap tentang keseksian ini. KM pasti pasni akan adalah kerabat & suku-sakat KM akan tersenyum riang untuk mengutuk/menerjah KM pasni hehehe.....Anyway, thank's ya Lala.

Gambar ini adalah tempelan semata-mata. Tidak berkenaan ngan KM mahupun award tersebut.

* KM passingkan award ni kepada semua teman blogger KM yg tersenarai dalam di sisi kiri blog ni. Hehehe...ambik ye jgn tak ambik plak...

Lanun: Dulu & Sekarang....

Bila anda tengok bendera di atas, ia tentunya sinonim ngan LANUN. Kegiatan perlanunan ni satu pekerjaan yang dah lama berkembang-biak sejak wujudnya rasa segan bekerja serta senang nak dapat duit. Di Selat Melaka & Laut China Selatan pun byk lanun sejak dulu lagi. Mungkin sekarang dah kurang sebab pihak kuasa selalu meronda.

Zaman dedulu, lanunnya digambarkan berpakaian agak selekeh kecuali ketuanya. Banyak filem2 dulu dan sekarang yg memaparkan watak lanun. Antara yang fames seperti Captain Hook dlm Peter Pan & Jack Sparrow dlm Pirate of Carribean. Lanun dedulu pakai meriam bedil, senapang & pedang ja. Dulu takde radar or sonar untuk mengesan kapal. Sorang lanun akan duduk atas tiang layar tinggi dengan 1 teropong utk tugasan 'MENGSKODENG'. Dia bukan skodeng anak dara mandi tp dia ushar kapal yang paling hampir & sesuai utk dihijack.

Tapi zaman dah berubah, dunia dah maju. Lanun2 sekarang dah canggih. Menaiki speed bot. Senjata pun canggih2. Siap ada roket launcher. Demand diorang sekarang bukan memain2. Minta duit juta2 in Dollar US. RM tak mainla. Sekarang yang paling fames, ialah lanun Somalia di perairan Teluk Aden. Kapal tangki milik MISC, Melati Dua & Melati Lima pun menjadi mangsa kehebatan lanun2 ni. Yg menariknya kata Tan Sri Hassan Merican, lanun2 ni internet-savvy. Ingat kita tahu ja internet, rupa2nya lanun2 ni lagi advance hehehe......

Wednesday, October 15, 2008

GEMPAR!!! Super-man meninggal dunia.....

Believe or not? Mungkin bila anda membaca tajuk entry ni, anda kata saya auta je. Tapi ni kisah sebenar yang berlaku di Klang. Seorang lelaki yang dikenali, Super-man Awang penduduk dari Sabah ditemui mati ditetak di dada di hadapan sebuah rumah di Taman Chi Leng.

Menurut polis, lelaki tersebut dipercayai baru sahaja dibebaskan dari penjara pada hari tersebut atas kesalahan merompak. Hehehe...itulah ceritanya. Bagi peminat cerita Superman, jgn takut sebab yang mati tu orang lain.

* Mungkin takdir Allah tak mahu lagi pas dia kuar penjara dia merompak lagi.....Sesungguhnya merompak itu kesalahan berat yang Allah tetapkan bleh dikenakan Hudud potong tangan.

Angpow Deepavali 15 Duit

Jika Hari Raya yang lalu, rakyat mendapat duit raya sekupang (petrol turun seposen), untuk Deepavali plak rakyat mendapat duit raya 15 duit (kata org Utara). Harga minyak mentah dunia hingga pagi ni didagangkan sekitar US$79 setong. Harga ini hampir separuh daripada harga ketika kerajaan menaikkan harga petrol sehingga 78 sen seliter (masa minyak naik harga bahan mentah tu sekitar US$140 setong). So anda yg tak pandai Matematik tingkatan 5 pun bleh kira bahawa harga minyak sekarang sepatutnya boleh lebih rendah dari harga asal sebelum dinaikkan.

Selain harga minyak, harga beras di pasaran dunia juga telah mengalami penurunan tp harga beras di Malaysia kekal stabil hehehe....untung2 sapa niaga kt Malaysia. Sapa susah? rakyat juga.

Kelmarin, Memanda Ketua Menteri negeri KM pun bersuaralah supaya kadar tarif elektrik dikaji semula kerana harga petroleum & arang batu dunia telah mengalami penurunan. Bila dia bercakap begitu maka ada plak yg akan memberi pelbagai alasan untuk menentang cadangannya.

Sebenarnya, kerajaan Malaysia ni membela siapa? rakyat or taukeh? Mungkin selalu terima duit bawah meja kot sebab tu tak berani nak berkeras ngan taukeh yang mencekik rakyat. Macam2 cakap pasal penguatkuasaan terhadap peniaga yg menaikkan harga tapi kesannya, camna? Lu...jawabla sendiri kawan......

Tuesday, October 14, 2008

Bank Negara menyerbu lagi. Mari tengok sapa yg kena...

Di bawah merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung serbuan mereka terhadap beberapa syarikat yg disyaki mengambil wang secara tidak sah. Sila baca jika anda turut terlibat:

On 13 October 2008, Bank Negara Malaysia raided Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., and Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. under Section 25(1) of the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989 and Section 4(1) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act (AMLATFA) 2001. Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.

The raids were conducted at the premises of the companies in Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the companies were seized for purpose of the investigation.

Any person or company who commits an offence under Section 25(1) of BAFIA 1989 shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding RM10 million or to imprisonment for a term not exceeding 10 years or to both. Any person or company who commits an offence under Section 4(1) of AMLATFA 2001 shall on conviction, be liable to a fine not exceeding RM5 million or to imprisonment for a term not exceeding 5 years or to both.

Members of the public are advised to be cautious of investment schemes promoted on the internet, through phone calls or through seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or authorized by Bank Negara Malaysia to accept deposits or to conduct foreign currency dealings. A list of all licensed institutions that accept deposits is available on Bank Negara Malaysia's website at www.bnm.gov.my.

* KM pernah diajak join Buluh Mas tp seperti biasa KM menolak kerna sekali pun syarikat tu cuba berkongsi2 kekayaan ngan orang ramai tp bila ada pihak yg tidak berpuas hati & melaporkannya kepada pihak berkuasa maka inilah yg terjadi.

Musim orang sakit.....

Arini dalam lebih kurang sejam, KM masuk 2 entry. Mungkin otak KM giat berputaran sebb kol 10 jap gi KM ada test hehehe....selepas 8 minggu masuk kelas so tibala masanya KM kena test plak sebelum tamat pertapaan hehehe..

Entry ni nak cerita bab orang sakit. Pas raya ni ramai yg sakit. Ada yang demam panas, selsema, batuk dan macam2 lagi. Mem KM pun tak sihat, kawan2 KM pun ada yg tak sihat, teman2 blogger pun ada yg cirit-birit & demam dsbnya. Pendek kata, doctor di hospital & klinik terpaksa entertaint ramai pesakit ye....

Bukan semua kita suka jatuh sakit kan. Tapi bersabarla ngan ujian kesakitan itu. KM kesian kat anakanda sedara KM ni, Nur Alia Nafisah. Dah masuk 2 hari kena tahan kat wad. Doctor suspek jangkitan kuman pada paru-paru. Bermula ngan demam & batuk2, akhirnya makin teruk & ditahan di wad sejak semalam. KM kesian sebab kanak2 ni kalau sakit tak reti nak cakap kesakitan yang dialami.

Yang kat atas ni pun walaupun nampak ceria tp ada appoinment ngan doctor ENT pada 28 haribulan ni. Susulan manik masuk hidung tu...tu pun ada hati nak jadi Pepaya. Pagi ni siap pesan kt KM "Abah balik keja nanti jangan lupa beli papaya tau". Nak makanla tu ngan harapan bleh tukar tangan jadi besar. Keh..keh....

PMR....

Sejak semalam, seramai 474,060 pelajar seluruh Malaysia mula menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antaranya mungkin ada adik-adik kita, anak2 kita, saudara-mara kita dsbnya. KM mengambil kesempatan ini mengucapkan selama menempuh peperiksaan kepada mereka & mencapai keputusan yang cemerlang. Kalau bleh kasi pecah rekod Malaysia hehehe....

* KM masa sekolah tu tak sempat ambik PMR. Kesian...kesian....

Monday, October 13, 2008

Amerika telah sakit....kita bagaimana?


Ada perpatah ekonomi yg berkata, apabila US mula bersin-bersin, negara-negara lain akan mula mendapat demam selsema. Apabila US mengalami sakit, negara-negara lain mungkin akan masuk ICU jika suntikan steroid tidak diberikan segera.
Antara kita mungkin sedang lena tido & tak ambil pusing masalah ekonomi yg melanda US dan tempiasnya mungkin kena ke atas negara2 lain termasuk Malaysia. Ada penganalisis menjangka masalah ini mungkin lebih teruk daripada krisis kewangan Asia 1997-1998 & mungkin menyamai krisis ekonomi dunia yg berlaku sekitar 1930-an.
Rasanya dah trillion dollar jumlah suntikan ke dalam ekonomi US untuk mengatasi masalah ini. Ini tidal mengambil kira tindakan penyelamat oleh negara2 maju lain seperti Jerman, France dsb. Berbillion2 juta nilai modal yg 'disapu' keluar daripada pasaran saham seluruh dunia termasuk Bursa Malaysia ekoran kejatuhan berterusan beberapa minggu yang lalu. Harga bahan mentah seperti minyak mentah, besi, & arang juga jatuh ekoran kebimbangan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan kali ini. Nilai matawang juga mengalami penurunan.
Yang paling selamat dalam simpanan ketika ini ialah pegangan emas kerana emas merupakan medium paling selamat dlm apa jua situasi ekonomi. Harga emas minggu lalu didagangkan dalam nilai yang meningkat.
* kepada semua rakyat, bersedia semua bimbang2 krisis ini akan menjejaskan kehidupan kita jua.....

Nak Kasi Pun..Tengok2la Orang.....


Menyambutlah Gabenor Negeri Melaka akan hari kelahirannya yang ke-70 sabtu lalu dengan menganugerahkan pingat Darjah Seri Mulia Melaka yg membawa gelaran 'Datuk' kepada bintang Bollywood yang terkenal iaitu ShahRukh Kahn. Kata Ketua Menterinya, anugerah ni diberi mengenang jasa Shahrukh menerbitkan filemnya One 2 Ka 4 menggunakan lokasi pengambaran di A Famosa Resort pada 2001.

Orang lain di negeri ini ada yg mempersoalkan kenapalah perkara yg ciput itu pun leh dikurniakan Datuk sedang ramai lagi rakyat sendiri yang banyak berjasa kepada agama, bangsa & negara. Kalau nak kan orang seni, di Malaysia pun ramai lagi orang seni yang belum mendapat title Datuk walaupun telah banyak berjasa.

Shahrukh Khan pun seperti yang kalau anda tahu pun bukanlah pelakon yg baik. Walaupun dilahirkan sebagai seorang Muslim tetapi cakap, komen serta perlakuannya di luar mahupun dalam filem banyak yang telah menghina Islam. So apakah antara kita yg meminati lakonannya pun turut seangkatan menyokong Kerajaan Negeri Melaka menghadiahkannya gelaran Datuk? Fikir-fikirkanlah....

Friday, October 10, 2008

Asian Food Channel...Jom Layan....


Bila time free kat umah inilah antara saluran faveret KM & Budak Kacak. Saluran 703, Asian Food Channel, semuanya berkaitan ngan dunia masakan. KM tengok saluran tu bukan sebab nak jadi chef terkenal or rajin sangat memasak (pemberitahuan awal sblm ada yang akan kutuk KM hehehe...). Sebenarnya bagus juga menambah ilmu walaupun kebanyakannya resepi Barat tetapi ilmu tak mengenal batas sempadan kan.

Yg kedua, KM kasi ubah sama itu Budak Kacak. Kalau tidak dia layan Saluran Ceria ja sepanjang hari. Bayangkan 1 cerita yang sama ditengok berulang2 satu hari. Pening kepala den. Lagipun Aluran 611 tu saluran kekanak tetapi jika ditengok keterlaluan maka boleh melalaikan serta mengurangkan masa utk aktiviti pembelajaran yg lain. Rancangannya pun ada yg mengajak kanak2 sejak kecik beraksi & berpakaian secara tidak sepatutnya. Kanak2 dlm usia yg muda plak ibarat rebung yg senang dilenturkan. Dia mudah nak ikut apa saja yg dia tengok, dengar dan lalui. So kita sebagai parent yg lemah & ilmu yg sedikit ini maka perlula memantau terdaya mampu.

Salah satu siri yang Budak Kacak paling suka ialah Licence To Grill. Semuanya banyak berkaitan ngan BBQ. Host dia, Robert Rainford, chef yang berkepala botak. Layan......

Thursday, October 9, 2008

Kau pergi jua.....

* gambar di atas tidak berkenan ngan KM. Sekadar hiasan semata-mata.

Tajuk di atas sebahagian dr lirik lagu Adam Ahmad yg bertajuk "Kau Pergi Jua". Berkesan juga dengar lagu ni kalau tengah2 tension frust bercinta.

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
WajahmuMengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bungaIngin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Sebenarnya KM mengimbau kembali lagu ni untuk ditujukan kepada Memanda Perdana Menteri yang akan mengosongkan pejabatnya pada Mac depan. Terima kasih atas segala kebaikan yg tuan telah buat kepada seluruh rakyat. Jika terdapat kezaliman semasa tuan memerintah, bermohon maaf & keampunanla sebelum menutup mata. Adios!!
* Ramai peniaga yg KM temui sepanjang cuti hari raya, menyatakan kekesalan atas tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak lebih 40% yang lalu. Walaupun pastu kerajaan turunkan sedikit demi sedikit harga minyak tp harga barang tetap tidak akan turun lagi. Kesannya kuasa beli pengguna jatuh....

Wednesday, October 8, 2008

KM tengah mendrill hehehe.....

Semalam KM dapat lagi e-mel dari silent reader Calculatorbuta. Seperti biasa pembaca ni minta KM memperkenalkan diri & rupa. Katanya, setiap ayat yang ditulis perlukan entiti/subjek yang jelas untuk bertanggungjawab. Untuk pengetahuan dia, KM memang bertanggungjawab pun atas setiap tulisan KM. Kalau korang rasa tulisan tu tak betul, songsang, melampau, korang tegurla kan. Bumi mana yang tak ditimpa hujan kan..kan...

Sebenarnya bukan selamanya KM menulis di belakang tabir. Sampai masa, akan terbit jua KM di depan anda. Ada blogger juga suka berselindung & terus berselindung selamanya (untuk maklumat korang, ada pembaca blog ni dah penah tengok rupa KM. Mungkin dia dapat tiket haram kot hehehe...). Terpulang pada kehendak diri sendiri. Pada KM yang penting semasa berblog ada maklumat, pengetahuan & ilmu yang disampaikan walaupun sedikit.

Hari ni dah masuk hari ke-8 Syawal. Bagi yang berpuasa sunat 6 hari mungkin dah bleh beraya sekali lagi hari ni. Bagi dah masih berpuasa sila teruskan terdapat hadis yang menyatakan jika seseorang berpuasa sebulan Ramadhan diikuti puasa sunat 6 hari, ia seperti berpuasa setahun. Bagi yang sihat & berkemampuan, apa salah merebut peluang ni kerana purata umur umat mutakhir ni bukannya panjang sangat, sekitar 50 tahun ja. Kalau nak beribadat pun berapa banyak sangat yang boleh kita kejar dengan kesibukan dunia yang banyak melalaikan. Maka peluang2 sebeginilah yang boleh kita kejar bagi menampung kekurangan kita dengan Allah.

Kepada kawan-kawan kita yg wanita, sebelum berpuasa sunat 6, kenala dulu menyempurnakan qada puasa yang terpaksa ditinggalkan kerana keuzuran. Ini berdasarkan panduan bahawa yang wajib perlu diutamakan sebelum melakukan yang sunat. Selamat beramal.....


Tuesday, October 7, 2008

Kau kutinggalkan sejak 17 tahun lalu...

Entry ni bukan bercerita tentang kekasih lama or somebody yang istimewa dalam hidup KM. Tetapi KM bercerita tentang jam tangan. Ada orang pantang tidak memakai jam. Ada orang tak minat memakai jam. Ada orang suka bertukar jam di tangan. Ada orang minat mengumpul jam tangan. Ada yg suka jam mahal, ada yg suka jam biasa-biasa ja.

KM kategori yang tak minat memakai jam di tangan. Kali terakhir KM memakai & memiliki jam ketika KM di tingkatan 3. Pastu tu sampai sekarang KM langsung tak minat memiliki or memakai sebarang. Jika Mem bercadang nak beli jam, cepat2 KM tolak.

Kata orang, lelaki kalau memakai jam tampak lebih segak & lengkap, betul ke? Mungkin lain manusia, lain selera & keinginannya. Anda bagaimana?

* Walaupun tak pakai jam di tangan tp KM tak penah lambat kerana KM rujuk jam di h/p. Harap maklum hehehe...

Biarkan Ia Kekal Begitu

Dalam tempoh cuti hari raya yg lalu, KM bertemu 2 orang kawan lama. Kurang lebih mungkin dah hampir 5 tahun tak bertemu ngan Eddy & Kamp kerana masing2 membawa haluan sendiri. Kebetulan bertemu ketika masing2 sibuk bershopping menjelang hari raya. Mungkin ditakdirkan manusia kdg2 bertemu, kemudian berpisah, kemudian bertemu semula. Ada yang berpisah & langsung tidak bertemu semula.

Kedua-dua kawan ini membawa cerita yg berbeza. Eddy sudah tidak lagi bersama isterinya. Wanita yg menemaninya bukan lagi wanita yg dinikahi 4 tahun lalu. Aku malas nak bersoal panjang hal peribadinya tp aku sangat pasti yang dia dah bercerai baru-baru ni. Aku tak pasti kenapa perhubungan bermula sejak di zaman kampus tidak dapat bertahan lama. Semua orang kenal couple ni dulu, ke mana saja bersama hatta kalau diizinkan tinggal bersama ketika zaman belajar mungkin mereka akan memilih begitu. Yang jelas percintaan yg lama & berbunga2 belum tentu menjamin kelangsungan hayat sesebuah perkahwinan.

Kamp plak setahun lebih tua dari KM. Berkawennya awal dari kawan2 yang lain. Katanya ketika itu jodohnya sudah sampai ketika baru menamatkan pengajian. ketika pertemuan baru2 ni, dia mengkhabarkan bahawa jodohnya dah masuk dua hehehe....Bila bertanya bagaimana reaksi yang pertama? Pantas dia menjawap dengan senyuman, semuanya bagus-bagus sahaja. Pada aku, jika dia memang berkemampuan zahir & batin serta yang pertama membenarkan, biarkan ia begitu. Selalu yang jadi caca marba kerana kegatalan mengatasi kemampuan.....

Monday, October 6, 2008

Harga minyak turun lagi

Sepanjang cuti raya, harga minyak dunia terus mencatat penurunan ekoran krisis kewangan & ekonomi US yang nampak agak tenat dan memerlukan program penyelamatan.

Terkini, ketika entry ini ditulis, harga minyak dunia diniagakan pada kadar US$91.55 setong, susut US$2.33. Oleh yang demikian, kita berharap Kerajaan Malaysia dapat mengotakan janji untuk menurunkan harga minyak sekiranya harga dunia turun di bawah paras US$94 setong.

Sesapa yg travel jauh sepanjang Hari Raya ni tentu terasa keperitan mengisi minyak berbanding tahun lalu. Harapan rakyat, bila harga dunia turun maka harga domestik patutla diturunkan.....

Kembali bertugas....

Ramai antara kita dah kembali bertugas selepas lebih kurang seminggu beraya. Kepada yang dah kembali dari kampung dengan selamat, kita ucapkan alhamdulilah. Kepada yang masih bercuti tu, berwaspada sepanjang menghabiskan percutian anda.

Kepada yang masih lagi liat nak bekerja tu, bersabar2 la ye sebab ni senario biasa yg berlaku bila bercuti terlalu lama. Namun hidup & kerja perlu diteruskan kecuali pagi esok anda mendapat berita yang anda baru memenangi hadiah RM1juta atau malaikat maut menjemput anda pulang.

Kepada yg tidak gembira semasa beraya yg lalu, jangan bimbang. Insyallah panjang umo, anda boleh beraya lagi bulan Disember nanti. Raya Haji hehehe....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin