Tuesday, October 7, 2008

Biarkan Ia Kekal Begitu

Dalam tempoh cuti hari raya yg lalu, KM bertemu 2 orang kawan lama. Kurang lebih mungkin dah hampir 5 tahun tak bertemu ngan Eddy & Kamp kerana masing2 membawa haluan sendiri. Kebetulan bertemu ketika masing2 sibuk bershopping menjelang hari raya. Mungkin ditakdirkan manusia kdg2 bertemu, kemudian berpisah, kemudian bertemu semula. Ada yang berpisah & langsung tidak bertemu semula.

Kedua-dua kawan ini membawa cerita yg berbeza. Eddy sudah tidak lagi bersama isterinya. Wanita yg menemaninya bukan lagi wanita yg dinikahi 4 tahun lalu. Aku malas nak bersoal panjang hal peribadinya tp aku sangat pasti yang dia dah bercerai baru-baru ni. Aku tak pasti kenapa perhubungan bermula sejak di zaman kampus tidak dapat bertahan lama. Semua orang kenal couple ni dulu, ke mana saja bersama hatta kalau diizinkan tinggal bersama ketika zaman belajar mungkin mereka akan memilih begitu. Yang jelas percintaan yg lama & berbunga2 belum tentu menjamin kelangsungan hayat sesebuah perkahwinan.

Kamp plak setahun lebih tua dari KM. Berkawennya awal dari kawan2 yang lain. Katanya ketika itu jodohnya sudah sampai ketika baru menamatkan pengajian. ketika pertemuan baru2 ni, dia mengkhabarkan bahawa jodohnya dah masuk dua hehehe....Bila bertanya bagaimana reaksi yang pertama? Pantas dia menjawap dengan senyuman, semuanya bagus-bagus sahaja. Pada aku, jika dia memang berkemampuan zahir & batin serta yang pertama membenarkan, biarkan ia begitu. Selalu yang jadi caca marba kerana kegatalan mengatasi kemampuan.....

10 comments:

dakgilachoc said...

KM, bkn ko pn sama ada niat nak berbini 2,3,4 ke? alah ko pn sama jelah KM oiii...

Unknown said...

isk isk isk..takut lak dengar citer cmnih..tp ni la realiti kan :)

btoi btoi..kegatalan mengatasi kemampuan yg tak tahan tuh..pehtu merana si isteri..kesiannnnn

Ungku Nor said...

kadang2 Tuhan buat pengalaman hidup orang di sekeliling sebagai iktibar & panduan untuk kita sendiri.

ehheemm..;p

ita.itu said...

ni aku suka nak sound nih..org lelaki ni kan..kalo kawin 2 3 4 pandai ikut sunah nabi..tp kalo bab nafkah duit haram bagi..kedekut nak mampus..sok kat kubur sok jawab la ngan malaikat maut..

KM said...

Nani- amboi ko nani, pantang bagi line...sedap je ko fire ye...Tp KM sabo je hehehe...ambik pengajaran posa kena byk bersabar hehehe...

Su-Hidup begitu..kdg2 senang hati..kekdg susah hati..
Mungkin cinta itu jua ibarat kurap, semakin digaru semakin sedap...hehehe

Kak Nor- A'a itu yg betul. Byk kejadian alam patut menjadi pengajaran buat manusia.

Ita- ni sorang gi...pantang kasi line...berapi-api ko fire ye...KM dengar & senyum dalam hati hehehe...

Anonymous said...

ermm... kegatalan mengatasi kemampuan eh?
Tapi sape yang gatak sebeno nyer?
sang lelaki atau si perempuan?
kalo bertepuk sebelah tangan, takkan ade bunyik nyer pokcik....
huhuhuu!

.::WaNiE::. said...

huhuhu kegatalan mengatasi kemampuan..skrg ramai dah tau xberapa nk mampu tapi gatai sungguh nak gak pasang dua..bila dah pening kepala mana nak cekau duit pi keje mengadu kat kawan sekerja..

**cerita benar di atas telah diceritakan oleh si suami..

KM said...

Ila- hehe...ko punya komen lebih realistik. Takla bias sangat kan. Anyway nak tepu sebelah berbunyi, ko tepuk kt muka kawan hehehe...mesti bunyi Adoi...

Wanie- awak jadi pusat penerimaan aduan ekk? hehehe...kalau crita leh dpt duit ekkk??

Witty Angel said...

xfaham betol nape nak kawen ramai2. satu cukup la.bukannye semua org pon boleh berlaku adil..terlebih walau satu saat di rumah isteri 2nd pon dh kire xadil..huhu..haish.

KM said...

wittyangel- budak obersea ni pandaila hehehe....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin