Saturday, October 25, 2008

Wakil Rakyat or Wakil Tauke?

Berkatalah seorang menteri Malaysia yg menjaga hal ehwal pengguna bahawa harga minyak tidak boleh diturunkan dalam kadar yg besar walaupun harga minyak dunia semakin menurun kerana bimbang ia merugikan peniaga minyak. Dlm keadaan ini, kerajaan begitu prihatin plak ngan nasib pengusaha/tauke minyak tapi bagaimana plak sewaktu menaikkan harga minyak lebih 40% tempoh hari?

Pernahkah waktu itu kerajaan fikir nasib rakyat akan teruk terjejas disebabkan bukan sahaja harga minyak naik malah byk sekali barangan lain yg naik hingga inflasi melonjak pecah rekod. Waktu tu kerajaan hanya mengeluh bahawa sudah tidah tahan menanggung subsidi minyak. Tiba-tiba apabila harga minyak jatuh, kerajaan pandai plak bercakap soal prihatin.

Secara peribadi KM nak bertanya adakah kerajaan lebih mementingkan nasib peniaga/tauke atau nasib majoriti rakyat? Adakah kerajaan menang dengan sokongan majoriti rakyat atau undi para tauke? Adakah kerajaan tidak rela peniaga rugi sedikit tp lebih suka tengok rakyat kebuluran? Wahai pak menteri, u all ni wakil rakyat ke wakil tauke?

* Sehingga N3 ini ditulis, harga minyak dunia berada di paras US$64 setong berbanding harga tertinggi US$147 setong iaitu penurunan melebihi 100%. Jika dibuat perkiraan mudah, harga petrol sekarang sepatutnya lebih kurang RM1.45 saja (belum tolak subsidi 30sen) berbanding RM2.90 ketika harga tertinggi hari tu kerana mengambilkira penurunan lebih 100% itu.

15 comments:

Anonymous said...

kekekek..byk2 bersabar km.

lg kite pikir..lg sakit hati..hmmpphh, minyak turun tp rege mknan mkn naik pe cite?chett!!

ita.itu said...

drg mmg sdp la naik kan minyak..sbb drg minyak pun duit rakyat..x gitu km...ko tuang je la air kat keta ko..hehe

Anonymous said...

suw & ita- KM bercakap supaya kita semua mengubah atitude & corak pemikiran kita. Jika kita trus berfikir cm masyarakat negara dunia ke-3 sure kita akan selalu ditipu oleh pemimpin2 yg zalim. Kalau masyarakat berubah keseluruhan cara berfikir sure pemimpin takkan senang memperkotak-katikkan kita.
Ta, sebelum aku tuang air dlm tank minyak, pa kata ko try dulu hehehe...

Neeza Shahril said...

benci! benci! tak suka! tak suka! menteri2 tu nak kembongkan perut diorang je.. biar jadi cam ikan buntal.. mati pun terbuntal!!

Unknown said...

apa yang kita boleh buat?

Mia Shakira said...

Apa yang boleh kita buat???

Mia Shakira said...

what can we do know??

Anonymous said...

km,

parah hati bila lihat herge tertera RM60.00 tapi petrol tertera 18 litre... tak leh nak brcoti lah macam niiii.....

sabarlah lagiiii....

cheryna zamrinor said...

km...malaysia nieh kan ade satu budaya...budaya lembab...jd kalo nak turunkan harge minyak..kena lembab2 jugak!:D

* km...ade ucapan khas utk km dlm blog sha..hehehe...

prebetsabu said...

en KM,
terngiang ngiang lagi di telinga saya bahawa satu kenyataan pernah di buat oleh Pak Menteri kita yang menerajui negara Malaysia yg makmur ini... kenyataan yang pada dasarnya hanya utk mengkelabui mata rakyat.. dan yang banyak mengangguk dan menyetujui kenyataan tersebut ialah pakcik dan makcik yang duduk di felda dan kampung2 yang mana minda mereka telah digelapkan dgn momokan bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh kerajaan adalah tepat dan sahih....

"Jika kerajaan menurunkan harga minyak, negara akan bankrup"

tidak hairanlah hanya minoriti rakyat yang akan bersuara mengenai kenaikan harga minyak menggunakan fakta, tatkala majoriti rakyat yang lainnya telah tertipu dgn liputan berita media arus perdana....

*km tak takut ke kang pak polisi mai ketuk pintu umah ko, dia caj ISA.... kahkahkah

Ungku Nor said...

tah terang2 wakil tokey, KM nii..lagi mau tanya kaaa..hehehe

.::WaNiE::. said...

aaa tension tension..bak sini machinegun aku nak tembak sume badigol bahlol2 ni sume

Masviona said...

sah2 ler wakil tokey kedai minyak kalu camni gayanye..hohoho

BurungBelatuk said...

Salam....sokong statement wakil tokey tuh...cakap masa kempen bagai ahlo syurga,bila menang terus jadik member neraka...ish2, jauhkan keturunanku daripada mereka ini ya Allah....

Anonymous said...

neeza- hehehe...org yg tak tinggal di Msia pun marah & prihatin, patutnya org yg tinggal patut lebih prihatin. Jgn pentingkan perut sendiri je..kan Kak Neeza...

pendekar & mia shakira- Kita boleh jd rakyat yg bermaruah dgn menggunakan sebaik mungkin kuasa undi yg kita ada setiap kali election. Cuna try lihat bagaimana penduduk negara maju menggunakan kuasa undi mereka....pemimpin yg korup or tak efisian boleh disingkirkan.....

izan- Sabar memang sebahagian drp iman tetapi jika selalu dipermain pemimpin korup & zalim, KM memang takleh sabar...hehehe...

cheryna- budaya lembab ni berlaku sebb pemimpin yg beraja di mata ni tahu majoriti rakyat Msia ni, jika diperlaku bagaimanapun diorang tetap bersabar & marah pun sekadar hangat2 tahi ayam hehehe...

prebetsabu- apa yg bro cakap memang sebahagian senario/realiti masyarakat or rakyat msia dulu, kini & mungkin selama2nya hehehe...KM angguk je ngan kenyataan bro.
KM buat pun Ikut Suka Aku hehehe...

Ungku Nor- hehehe...KM wakil ketua kampung

Wanie-Ko jgn wanie, tak pasai2 kang kena tangkap sbb terrorist hehehe...

Masviona- KM pun wakil gak...wakil meminang hehehehe...

Burungbelatuk- hehehe...ko wakil mana plak? wakil burng ekkk? hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin