Friday, October 17, 2008

Kg Baru Plentong Tengah, Johor Bharu.....

Berat mata memandang, tp berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yg dialami penduduk Kg Baru Plentong Tengah, Johor Bharu kelmarin selepas arahan merobohkan rumah mereka dikeluarkan. Mereka dibelasah FRU & 27 orang daripada mereka ditahan polis kerana merayu supaya perobohan premis/rumah mereka ditangguhkan.

Mereka ini merupakan penduduk yg mula menerokai tanah ini pada sekitar tahun 1984-1986 & mendapat sokongan wakil rakyat ketika itu. Namun begitu pd 1987, pihak PTG telah mengurniakan hak milikan tanah tu kepada pihak swasta. Sejak dari itu, pihak penduduk naik turun mahkamah serta berusahaga bagai nak menuntut hak yg dijanjikan.

Namun sehingga kini, nasib tidak menyebelahi mereka sebb kita tahu kerajaan yg ada lebih menyayangi Tokeh dari rakyat yang memangkah mereka setiap kali pilihanraya. Ketika kejadian ini berlaku semalam, Menteri Besar Johor & kroni2nya sedang sibuk melayan tetamu dalam majlis rumah terbuka beliau. Nyata sikap beliau sangat berbeza ngan sikap menteri2 & pemimpin dari MCA yg sanggup turun padang ketika operasi memusnahkan babi di Melaka hari tu.

Inikah yang dinamakan tradisi Membela Rakyat? atau membohongi rakyat? Rakyat sepatutnya kena faham, dlm sistem demokrasi mereka adalah penentu bukannya kena latu. Rakyat cerdik pasti pemimpin akan berhati2 dalam kelakuan & tindakan mereka.

* KM prihatin & sedih ngan tragedi seperti ni walaupun tak terjadi pada KM & keluarga KM sebab kita bukan masyarakat yang sellfish tp kita semua adalah saudara. Walau siapa pun kita, kita adalah milik Allah. Jangan angkuh ngan kekuasaan kerana kekuasaan itu juga dtg dari Dia.

11 comments:

dakgilachoc said...

setuju ngan KM..kdg2 rasa kerajaan ni mcm kejar nama semata..klu negara lain ditimpa bencana, cepat je nak bantu..mintak kumpul dermala, itula, inila.. tp bila rakyat sendiri susah taknak plak amik tahu..taknak plak tolong walaupun bantuan yg diperlukan tu taklah besar mna..

Unknown said...

ala..kalo melayu..dorang tindas jek, cube kalo kaum lain? cpt2 turun padang mintak maaf la ape la sume lah.TIPIKAL!

ceklala said...

sgt setuju ngan pokcik KM!!

Mieza's Penny said...

kekdg kan buat sakit ati jer ngan kerajaan nih...klu bangsa lain siap berbincang bagai...kita org melayu ni dianak tirikan jer...inilah islam hadari!!!

KM said...

Nani- First time ko setuju ngan aku yo hehehe....Pasni ni KM jd tarzan, ko jd Cheetah ye hehehe....(aku gurau je)

Suw- Melayu merempat di bumi sendiri angkara pengkhianatan bangsa sendiri. Dah sihat?

Cek Lala- Ko setuju pa? ko setuju pakcik jd tarzan ko jd cheetah ekk? heheee....

Mieza- Saya fikir jika penindasan begini berterusan, ramai org Johor akan berubah fikiran menjelang PRU ke-13. Ngan rakyat sendiri keras sgt tp ngan Singapore, pengecut plak....

mebby a.k.a ezza said...

uiksss..ni dekat area kita nih..tapi memang kesian sgt tgk mereka2 itu..dah lah dlm musim raya umah kena roboh...saper harus di salahkan erkk KM

KM said...

Mebby- org setinggan pun rakyat biasa gak. Kalau xnak da setinggan, kerajaan kena halang sejak awal seblm sesuatu tanah diterokai. Tp bila dh berpuluh tahun org duk di situ maka bila nak halau pakaila otak & kemanusiaankan. JGn jd cam Yahudi halau org Islam di Palestin. Fikirkan nasib mereka jua....walaupun mereka tidak menguntungkan pd kita seperti tokeh2 tp merekalah yg mengundi kita semasa pilihanraya....sekian hehehe....

Unknown said...

Melayu sudah buta.......

alia said...

klu kerja harian yg d buat terlalu berkepentingan utk diri sendiri...begini la jadinya....menci btul.....tak pikir tanggunjawab yg ada atas bahu dia...tak sedar yg hidup pasti mati...

Yuyun said...

kerajaan ngah wat lawak..ini ke yang dikatakan membela nasib rakyat..mmg aku marah tol coz kalau nak halau jgn halau bodoh2 camtu..

KM said...

Pendekar- Ada juga yg celik hehehe....

Alia- Selain t/jawab ngan Allah, kita juga bert/jawab sesama manusia....

butterflytwinlove- Km dok belakang ko sambil bawak sepanduk, "Kami sokong Butterflytwinlove". Blehh ekk gitu? hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin