Saturday, November 1, 2008

CSI Ulu Yam: Finale


Selepas ia menggemparkan negara, menyaitkan orang kenamaan di Malaysia, dianggap sebagai satu skandal, dibicarakan untuk tempoh yang lama, pagi kelmarin, hakim yang terbabit akhirnya membuat keputusan. Dua anggota polis yang dituduh membunuh diminta membela diri. Manakala yang dituduh bersuhabat, dibebaskan.


Keputusan yang dibuat tentunya mengembirakan Abdul Razak Baginda & keluarganya. Manakala bagi keluarga Shariibbu yang anak mereka menjadi mangsa pembunuhan kejam itu, sedih, kesal, kecewa tentu membungkam dalam hati. Saya kira sesiapa pun yg berada dalam situasi keluarga Shariibbu atau mungkin juga Norrita Samsudin (anda tentu ingat lagikan) akan merasa kecewa.


Sebagai rakyat Malaysia prihatin, walaupun tidak begitu pandai dalam urusan undang-undang tp dari common sense serta naluri hati, KM tetap percaya setiap yg berlaku pasti ada cerita di sebaliknya. Jika tidak masakan sanggup diperlakukan begitu. Anda sebagai rakyat Malaysia jua tentu percaya seperti apa yang KM rasa......

* Keadilan sebenar tidak pernah mengenal batas sempadan bangsa, darjat atau kuasa. Jika kita bangga melepasi undang-undang dunia sesungguhnya balasan akhirat itu lebih nyata. Kepada keluarga2 yang merasa dianiayai, KM memohon supaya bersabar......

17 comments:

kakpiah said...

ememememe...mmng tegezut gak dgn keputusan tu.. tp kes2 berprofile tinggi nih mcm citer industan..dah buleh agak 'ending'nyer cemana..

azreen said...

tp mcm tak adil je kan...org yg tak kenal dgn mangsa diminta membela diri..tp yg mmg sah2 ade hubungan bleh pulak terlepas...mcm ade yg tak kene je kan...musykil2 (sambil garu2 kepala)

Mrs.Sheikh said...

hi KM..
ermm...first time masuk ni..
anyway mmg tak puas hati la RB tu lepass.. cam ada sesuatuuu

Amiha Ayu said...

betul tu KM..
nak lari mana?
hanya Allah yg maha mengetahui..
kita hanya mmpu brserah & brdoa jer...

Neeza Shahril said...

kita hidup bukan didunia saja.. lagipun hidup didunia ni pendek sangat pun kalau nak banding dengan akhirat.. dah sesetengah orang dia suka hidup senang sesaat dan menderita lama.. biar lah KM.. bukan sekali dua kita tengok orang yang aniaya orang ni dapat balasan even di dunia ni pun... kita tunggu dan lihat aje lahhh...

mebby a.k.a ezza said...

jeng jeng jeng the truth is out there....for them to know for us to find out..betul tak KM...ahaks..

Admin said...

Secara nalurinya, aku dari mula memang tak percaya mamat baginda tu yang buat...

So pada yang masih tidak percaya pada perundangan negara, what can I say...may be you still waiting for HIM...

Anonymous said...

Kakpiah- ko minat crita hindustan ekkk? hehehe...sure ko jd inspektor sahab kan..kan. Anyway kalau ini berterusan mana keadilan pd rakyat marhain?

azreen- kemusykilan anda mungkin juga kemusykilan org lain...tp jgn biarkan dia berterusan & menghantui diri anda hehehe...

mrs.sheikh- thanks sbb sudi kunjung. Cam ada sesuatu skandal kan....

ayu- kalau kesalahan melibatkan manusia, kita kena memohon maaf/ampun dr manusia yg kita aniaya. Jika kita rasa ngan bertaubat pd Allah cukup, kita salah.....

neeza shahril- betul tu...Allah menyediakan azab yg pedih bagi yang menganiayai semasa manusia...

mebby- ko nak jd CSI ulu yam gak ekkk? hehehe...

desperado- HIM? May i know, who's u mean? hehehe....

ita.itu said...

kan..x kan la polis 2 ekor tuh saje jek nak bunuh dia tanpa sbb ek...sabo je la

Mieza's Penny said...

hanya tuhan yg akan membalasnya...kita hidup pun bukan lama...atas dunia dia gembira atas tangisan org lain kan....sedey2

ntahlah KM, camne bole terlepas lak....sogok guna duit or kuasa lah tu...hehe

* p/s - biar diaorg yg jht tu kena sambar KILAT ek...:p

Unknown said...

cam dalam citer hindustan kan?

he he he.

yang best nyer member2 aku dah lamer buat andaian razak baginda akan lepas jugak.....

so, lepas nie???

.::WaNiE::. said...

kes ni ngn kes norita lebih kurang sama lar

cumanya altantuya ni dibunuh dengan maha kejamnya

Anonymous said...

apa yg nak terkejutnya
undang2 rimba le katakan
yg berkuasa akan lebih berkuasa
hidup bakal pm kita

Anonymous said...

Ita-kalau aku yg pi bom ko, ada motif gak kan hehehe....(aku taruh bom ikan je kat ko hehehehe..)

mieza- a'a setiap dosa/kebaikan kita walau sekecil zarah tidak akan terlepas drp pertimbangan di akhirat kelak. Buat baik selalu...buat jahat fikir2la dulu...
* KILAt pun bahaya pd org yg berjogging time2 nak ujan tu hehehe...

pendekar- ko pernah baca transkrip sms antara Najib ngan lawyer Shafie Abdullah. Dlm transkrip tu ada crita yg leh dimengertikan...

pirate- Aiit pirate pun marah pakai undang2 rimba? bukan pirate pun pakai undang2 tu juga ke? hehehe...Anyway ko mungkin pirate baik ni hehehe......

Anonymous said...

wanie- ye wanie...sesiapa pun kita, nyawa kita ada harganya.

saya said...

buku undang2 itu ditulis oleh mereka2 juga dan boleh diolah oleh mereka bila2 masa yang mereka mahukan.. so sapa yg benar sapa yg salah sendiri mau ingat laaa...peace to all

Anonymous said...

saya- betul tu. Undang2 manusia dibuat berdsr kesesuaian nafsu manusia.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin