Sunday, November 30, 2008

KM di sini, Makcik Maimun di mana?

Terlebih dahulu diucapkan takziah & Al-Fatihah buat keluarga Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail yg meninggal dunia petang Jumaat lepas kerana serangan jantung. Pemergian beliau menyebabkan kekosongan buat kerusi Parlimen Kuala Terengganu (P36). Berdasarkan undang2, kekosongan tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari & bermakna SPR akan mengadakan piliharanraya kecil bila-bila masa dari sekarang.


Datuk Razali Ismail

Dalam pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Datuk Razali yg bertanding atas tiket BN telah mencatat kemenangan dalam pertandingan 3 penjuru. Beliau mengalahkan Naib Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu & Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Hj. Mohamad Sabu

Pertandingan kerusi Kuala Terengganu pada PRU-12 lepas menjadi antara tumpuan ramai dengan kehadiran calon Bebas, Makcik Maimun Yusuf. Beliau yg berusia lebih 80 tahun mencuri tumpuan ramai dengan bertanding melawan 2 calon heavyweight bagi UMNO & PAS. Kehadiran beliau bukan sahaja mendapat tumpuan dr media dlm negara tetapi juga pihak media dr luar negara. Ramai yg beranggapan beliau sengaja menjadi bahan jenaka tp beliau berjaya juga mencuri undi sebanyak 685 undi iaitu melebihi jumlah majoriti yg diperolehi oleh Datuk Razali.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini dijangka akan sekali lagi menjadi tumpuan hangat selepas Permatang Pauh. BN tentu akan berkerja keras untuk mempertahankan kerusi ini. Manakala, Pakatan Rakyat juga tentu akan berusaha untuk merampas kerusi ini untuk meningkatkan bilangan mereka di Parlimen. Yg paling menarik, orang akan menunggu adakah calon seperti makcik Maimun akan kembali untuk memecahkan undi. Kita tunggu.....................

* KM difahamkan kebanyakan jentera pilihanraya parti telah bermesyuarat & akan digerakkan bila-bila masa sahaja....

6 comments:

Neeza Shahril said...

menarik ni... pasti ramai yang menunggu termasuk akak juga.. tapi akak tak tunggu makcik Maimun.. dia dah serik kot.. habis duit hari tu.. tapi kalau ada orang nak sponsor okaylah kot.. ;)

mummysyafie said...

kalau makcik maimun tu boleh ke erkk?

Anonymous said...

neeza_shahril- akak org Ganu kan hehehe...nantikan pertembungan hangat antara deris Jusoh & Mat Said hehehe...

mummysyafie- boleh...boleh blah hehehe....

Unknown said...

hehehe..mkcik maimun kna upah kerani lagi la..tp duit pertaruhan habis gitu je aritu..aiyok!

Dee said...

km xnak join? kalo km jd calon..dee undi utk km..hahaha!! Tp dee bukan pengundi berdaftar di KT..jd pengundi hantu leh??

Anonymous said...

suw- kali ni dia nak ambil Suw jd campaign manager dia hehehe....

dee- pengundi hantu ekkk? hantu pe? raya? langsuir? pocong? hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin