Jika Hari Raya yang lalu, rakyat mendapat duit raya sekupang (petrol turun seposen), untuk Deepavali plak rakyat mendapat duit raya 15 duit (kata org Utara). Harga minyak mentah dunia hingga pagi ni didagangkan sekitar US$79 setong. Harga ini hampir separuh daripada harga ketika kerajaan menaikkan harga petrol sehingga 78 sen seliter (masa minyak naik harga bahan mentah tu sekitar US$140 setong). So anda yg tak pandai Matematik tingkatan 5 pun bleh kira bahawa harga minyak sekarang sepatutnya boleh lebih rendah dari harga asal sebelum dinaikkan.
Selain harga minyak, harga beras di pasaran dunia juga telah mengalami penurunan tp harga beras di Malaysia kekal stabil hehehe....untung2 sapa niaga kt Malaysia. Sapa susah? rakyat juga.
Kelmarin, Memanda Ketua Menteri negeri KM pun bersuaralah supaya kadar tarif elektrik dikaji semula kerana harga petroleum & arang batu dunia telah mengalami penurunan. Bila dia bercakap begitu maka ada plak yg akan memberi pelbagai alasan untuk menentang cadangannya.
Sebenarnya, kerajaan Malaysia ni membela siapa? rakyat or taukeh? Mungkin selalu terima duit bawah meja kot sebab tu tak berani nak berkeras ngan taukeh yang mencekik rakyat. Macam2 cakap pasal penguatkuasaan terhadap peniaga yg menaikkan harga tapi kesannya, camna? Lu...jawabla sendiri kawan......
12 comments:
menyakitkan hati je klu pikir2 kenaikan harga ni...sukatilah nak naik bykmana...life must go on beb!!!
mmg sakit jiwa kepala otak suma ada... tp kalu kita rakyat biasa ni dok bising pun bknya org beso2 tu nak dgr... baik kita teruskan perjalanan hidup kita... dan walupun skit...kita terima dengan hati yg ikhlas... dan yg pasti ALLAH swt penentu segalanya...
hmm..betul..betul..betuulll..!
sabo km..sib baik turun 15 sen..kalo turun lag, lg best! keh keh..ble balik raya deepavali ni.jom km ikot sy balik kg lalalalalala
should be turun lebih byk..kerana keadaan pasaran minyak menunjukkan penurunan berterusan even krisis kewangan semakin memuncak..harap2 this few week akan turun lagi..=)
salam KM,
walaupun harga petrol turun yang pastinye harga brg tetap naik..makin melampau dan takkan turun...
bila jawab nanti kena sumbat ISA
Mieza- hehehe....hidup mesti diteruskan tp ada hidup org yg tgh merana kerana semua ni...
eranazeera- rakyat biasa cam kita mampu lagi bertahan tp KM kesian kat org2 yg susah je...
Ungku nor- apa yg betul K.Nor? hehehe..,...
Suw- aitt ko ajak KM balik kmpg? Nak introduce kt ur parent ke? hehehehe......
Butterflywithlove- pasti akan turun sbb dl keadaan sekrg permintaan minyak dunia akan merosot kalau dunia di ambang kemelesetan....
Risa- bila sebut melampau, KM teringat kisah 'Pramugara Terlampau'. Kat mana dia ekk? Dalam jel kan?
Shafarina- KM jawap dalam hati hehehe......
takrif Elektrik boleh turun apa...
kesian gua bayar ratus2 tiap2 bulan,
harga brg makan tak bergerak pun, roti inti kelapa makin kita senyap, makin naik 2-3 posen,
kesian Malaysia & rakyat2nya...
minyak lagi??
tak abis2 psl minyak jer...
KM naik minyak tak tgk lagi...
ngeee.. :D
masalah nyer org mesia nih konsepnyer jaga periuk nasik sendrik.. bila rasa diri sendri bley survive diorang senyap la.. syukor mmng bersyukor.. tp cuba pikir org2 yg berpendapatan rendah & tanggungan ramai.. cemana la diorang nk idop di zaman nih..
Eddie- wa pun sokong sama lu, bro
Ila- KM tak naik minyak...cuma jadi orang minyak ja hehehe...
K.Piah- Kenyataan K.Piah ni paling releven ngan fikiran KM. Syabas betaji....hehehe...ko memang mengerti.
Post a Comment