Wednesday, October 22, 2008
Habis Madu, Sepah Dibuang......
Selepas isu pembelian kapal selam Scorpene & pesawat pejuang Sukhoi SU39, terkini isu pembelian helikopter Couger EC-275 daripada Eurocopter yang mencurigakan. Beberapa keraguan timbul daripada urusniaga tersebut, antaranya:
1) Pembelian dibuat tanpa menemui wakil penjual.
2) Proses penilaian termasuk ujian penerbangan belum dilakukan (bayangkan anda ingin membeli kereta mewah, takkan anda tak buat test drive langsung?)
3) Proses mengeluarkan letter of intent (LOI) bertentangan dgn amalan biasa sebelum ini.
4) Keputusan dibuat tergesa-gesa 2 hari sebelum 'seseorang' berpindah dari Kementerian Kewangan ke kementerian lain.
5) Terdapat bidaan lain yg menawarkan yang harga lebih rendah untuk model yang setaraf atau lebih baik (antaranya Kazan MI-172, Sikorsky S-92, & Agusta EH-101).
6) Maklumat terkini menyatakan ada negara lain yang membeli model yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding RM2.32 billion oleh Malaysia.
Menggantikan Nuri yang tua & bermasalah memang wajar. Tapi pembelian baru biarlah reasonable & telus kerana menggunakan wang rakyat. Jangan disebabkan duit tu bukan duit bapak korang yang punya maka korang belanja sesuka hati. Lagi satu dibimbangi ialah peranan belakang tabir yang memanipulasi harga untuk keuntungan peribadi. Walaupun sekupang tapi tetap amanah & wang rakyat.
KM tertarik ngan teguran Al-Sultan Pahang semalam yang kurang berpuashati dengan peruntukan makan sekepala mangsa banjir oleh JKM sebanyak RM8 sehari. Sedangkan bajet makan mereka di pusat tahanan termasuk pendatang tanpa izin melebihi RM10 sehari. Apa dah jadi mcm ni?
Seperti kata perpatah, 'kera di hutan disusui ngan susu Dumex, anak di rumah disusui ngan susu Cap Junjung' bleh ke gitu? Hehehe...jom fikir sejenak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
susu dumex lagi mahal dari susu cap junjung ke km? hehehe :P
ala km..tu biase la tuh..politik duiittt :P
takper..nnti pepandaila jawab kat pdg mashar :P
orang yang pegeang portfolio sebelum ni pun dikatakan melakukan perkara yang sama..ini kerana pembelian melibatkan jumlah wang yang sgt besar..hanya mereka sahaja yang tahu..
yeah! its much better,
msk poket suar la apa lg...diaorg ni x ingat mati ke hah...nak mkn duit rakyat..siap la jwp nanti kat pdg mashyar..
pndi ko buat kiasan ek...aku lg suka susu F & N...hahaha
Dumex tu susu tuk bebudak. Cap junjung utk buat teh tarik hehehe...Nak jawap pe kt masyhar?
butterflytwinlove- tau takpe hehehe...
compacttrackloader- much better?
mieza- Ni fkiran islam liberal, buat durjana dulu, bertobat kemudian hehehe...mestila akak suka F&N sebb akak org dewasa. Takkan nak minum susu dumex plak hehehe........
janji ko x buat ngan bini ko sudah...ko baik kan..baik ke..haha
uhuhh dh baca entry ni baru tau kisah nye pasal helikopter nih
adil tak adil, betol tak betol semua tu maianan dunia. esok2 kat sana menjawab le depa. sendiri mau ingat la...
Ita- Tak buat pe? ko cakap bior terang...
Antalya- Nanti KM ajak ko naik heli hehehe...
Saya- Perhitungan akhirat, perkara ke-2. Di dunia pun ada hukumnya hehehe...mungkin masanya belum sampai..
Aiseh..tak habis2 lagik erk kisah beli helikopter neh..kt blog KM pun ada..hiks..KM, anda telah di tag..sila ke blog saya..
menarik betul pepatah buatan sendiri tu ehehehehe
Nani- Aku dah jawap tag ko hehehe...kang makan hati plak kalau tak jawap.
Masy- Saya pun tgh buah Phd. bahasa cam Karam Singh Walia hehehe...
sbbb...
kalo bagi makan kat PATI...ade yg boleh dijadikan bini no.2 dan 3...
kalo bagi makan kat org banjir...belum tentu boleh buat bini lagik:D
Cheryna- Yo ke? Tak terfikir plak KM ke situ ye hehehe.........
susu cap junjung atau susu cap gantung
Cerykna- ko cakap SX ekk? Tepuk dada tanya selerala....
aku rasa nak pi luku jek pala dorg ni
dah buat salah, dah kantoi buat muke tak reti jek guna duit rakyat
bahalol betul lar..baik buat rumah kos rendah bleh gak aku ni pi beli
wanie- bukan takat luku, lesing sekali hehehe....Betul tu, perumahan kos rendah patut ditingkatkan utk beri peluang khususnya org melayu memilik umah di bandar.
mmg tak ingat dosa pahala la tuh
Masviona- ramai manusia begitu di akhir zaman ini...
Post a Comment